Jika ada kesempatan…..
Salam semua,
Sekiranya ada waktu terluang, marilah sama-sama kita mengikuti majlis ilmu ini “KURSUS SIFAT SOLAT NABI MUHAMMAD s.a.w. “
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain”. (HR. Thabarani)
“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” (HR. Bukhari, Muslim Ahmad)
* Penganjur: Pertubuhan Al-Khaadem 1529/92 (W.P.)
* Tarikh: 20 Januari 2007 (Sabtu)
* Waktu: 9:30 pagi - 5:30 petang
* Tempat: Dewan Al-Khaadem Lot 1034 Jalan Cempaka Sungai Kayu Ara 47400 Petaling Jaya
* Yuran: RM40.00 seorang (Yuran adalah termasuk nota, makan tengahari dan minum pagi/petang)
* Penceramah: Ustaz Mohd Hussain Yee
* Kandungan Kursus: Thoharah (ghusul, wudhu’ & tayammum) Adab-adab solat bersendirian Adab-adab solat berjemaah Adab-adab masbuk dalam solat (orang yang masuk lewat selepas Imam memulakan solat) Adab-adab Imam Solat Jenazah Solat Jamak & Qasar (Musafir) Solat sewaktu sakit
Untuk Maklumat lanjut
Sila hubungi: Tel :03 7726 4146 (Azlah) / 012 9133 554 (Darshita) Faks :03 7726 4149
Email: alkhaadem.my@gmail.com
