17 November 2006, PLF dalam kenangan
Salam semua..
Masanya telah tiba saat ku terpaksa meninggalkan PLF di mana aku terpaksa meneruskan kerjaya baruku di tempat baru, dgn suasana yg baru dan kawan-kawan yg baru..Bagaimanakah agaknya kengkawan di tempat baru, adakah sama dgn kengkawan di PLF yg nice n sporting. Jawapannya belum tentukan..Mungkin lebih baik ataupun tidak. Apapun hidup ini perlu diteruskan kerana itulah yg tertulis utk kita oleh Maha Pencipta.
Buat sahabat2 sekalian, apa yg dialami, dirasai dan dikecapi bersama di PLF akan sentiasa tersemat di hati ini selagi diri dikurniakan nafas di alam ini…
Akhir kalam, terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan ke atas sy selama ini..Halalkan makan minum selama sy berada di PLF ye. Ampun & maaf di atas segala keterlanjuran perkataan, kesilapan dan segala kekurangan. Inshallah ada rezki kita semua akan jumpa lagi…
Teruskan usaha kalian n percayalah Allah akan memakbulkan usaha & doa-doa kita….Amin
Akhir kalam,
“Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.” [Imam al-Ghazali]
Jumpa lagi pada entri blog yg akan datang

salam.
hye shina..
walaupun hanya dapat berkenalan sementara sahaja, tetapi yg penting ukhwah telah terjalin..
anyway, gud luck whateva u do..
semoga menjadi seorang pustakawan yg berjaya..
Comment by AMieN — November 23, 2006 @ 1:19 am