Syukur atas nikmatNYA…
Alhamdulillah….kita masih diberi peluang dan kesempatan utk menunaikan ibadah puasa dengan sempurna dan sterusnya menyambut syawal brsama keluarga dan selamat kembali ke ibu kota untuk brtugas semula. Kejap je rase cuti ye. Tak terasa rasanya…
Agak lama juga tak menulis rasa hati di blog ni….Apa yang nak dikongsi di sini ialah kita kena brsyukur atas segala nikmat yang Allah beri, kalau dia kasi nikmat kita brsyukur dan kalau dia kasi musibah juga pun kita kena brsyukur…mungkin itu kafarah atau balasan atas apa yang kita lakukan terdahulu sbg ujian spy kita tidak lupa kepadaNya..
Alhamdulillah….tak terucap rasanya disini pada 20 October yang lalu..bersamaan 27 Ramadhan hari Jumaat. Pada hari dan waktu yang sama diri ini telah dikurniakan anugerah yang ditunggu selama ini…Mungkin ini adalah rezki and nikmat hari Jumaat dan bulan ramadhan…Itulah berkat kesabaran dan tawwakkal kepadanya…InshaAllah apa yang dihajati akan termakbul jua yang penting kena ada keyakinan yang Allah itu Maha Adil & Maha Pemurah. Buat diri ini & kengkawan sekalian sesungguhnya nikmat & rezki Allah itu luas. Cuma kita perlu bersabar & tak putus harap kepadaNya..Di harapkan nikmat yang diberikan tidak akan membuatkan diri kita alpa & kufur nikmat kerana ia juga akan hilang sekelip mata. Dia (Allah) Maha Pemberi & Dia juga Maha Pengambil semula. Sekian buat kali ini…Wassalam

