RASA BERTUHAN…
Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya….
Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran,
penglihatan dan pengetahuannya…
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawwadu’ merendah diri
Di bumi TuhanNya..
Jika manusia rasa bertuhan
Hidup dihatinya matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat….
Aduh kalau tuhan sentiasa di hati
Perasaan bertuhan mencengkam di hati
Mengenang pula nikmat-nikmat tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula..
Kalau terbuat dosa akan diazabnya..
Begitulah kalau seseorang hamba
Mengenali tuhannya hatinya sangat sibuk
Dengan tuhannya…
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia ditangannya…

animated picture taken from-
http://www.geocities.com/daarulnaeem/AnimArt.html?200616

Yea. Saya ada tuhan!!!
Comment by The Great Munmon — September 24, 2006 @ 4:32 pm