Ad-Du’a Silah al-Mu’min
~ ~ ~ بسم الله الرحمن الرحيم ~~~
Ya Allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa- dosa kami & maafkanlah kesilapan zahir & batin kami.Ya Allah, ampunkalah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa seluruh umat Islam yang telah mati & yang masih hidup…
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah S.A.W. & kami meminta perlindungan oleh Rasulullah S.A.W.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab & berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka..
La hawlawala quuwata’illah billahil ‘aliyy al-’azim…
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Engkau shjlah yg mengetahui kelemahan diri kami zahir & batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kpd. kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman & amal, hidupkanlah kami dalam Islam & matikanlah kami dalam Islam.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, kami pohonkan kpd Engkau Iman yg sempurna, ilmu yg manfaat, rezeki yg halal, anak yg soleh, rumahtangga yg bahagia, usia yg berkat, doa yg mustajab, hajat yg tertunai, kesihatan yg berterusan, hutang yg terbayar, dan keselamatan di dunia & akhirat..
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Engkau sahajalah yg mengetahui segala yg terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini & sampaikanlah hati ini kpd Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yg berada di hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yg keji & jauhilah kami dari perkara-perkara yg boleh mematikan hati kami…
La hawlawala quuwata’illah billahil ‘aliyy al-’azim…
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, jadikanlah hati kami yg sentiasa menyedari akan hakikat ketuhananMu, & kerajaanMu dan masa depan kami di akhirat nanti.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, jadikanlah kami hamba Mu yg mengabdikan diri kpd Engkau dengan sebaik-baiknya, berilah kekuatan, taufik & hidayah kpd kami supaya dapat kami melakukan segala yg diperintahkan oleh Engkau & meninggalkan segala apa yg dilarang oleh-Mu..
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, jadikanlah hati kami ini hati yg sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti & jadikanlah kami hamba-Mu yg sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati…
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, hidupkanlah kami dalam Iman & matikanlah kami dalam Iman, Selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan Syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir…
يا رب العا لمين
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, makbulkanlah segala permintaan kami…

